Sunday, November 8, 2009

TEKNOLOGI YANG CANGGIH



Aduh!!...sejak kebelakangan ni banyak betul updates kat FACEBOOK, kawan-kawan yang bengang, marah dan sakit hati pasal perkhidmatan internet. Macam-macam perkataan yang dilemparkan.  Ada yang boleh diterima, ada yang tak boleh diterima langsung perkataan tu sampai saya sendiri malu nak teruskan membacanya. Saya sendiri pun dah beberapa kali terkena. Agaknya macam nilah situasi bila seseorang yang dalam keadaan bengang dengan perkhidmatan internet yang dilanggan. Kalau saya yang kena, erm... baik tidurlah atau baca buku je. Lebih baik dari melepaskan marah kat si komputer yang tak berdosa tu. Silap haribulan kita pulak yang dapat penyakit kronik. hehe..


Thursday, October 22, 2009

HOBI BARU??












Yeah! lama tak update blog, semua blog. Kalau jumpa Sifu IK, mesti kena komplen. Kesian kat pengunjung sebab takde bahan baru untuk dibaca. InsyaAllah, lepas ni kena rajin-rajinkan diri setelah mood puasa dan raya selesai. Ok.. :)

Ni, ada cerita baru. Lama dah nak belajar buat RE. Omputeh kata "Ribbon Embroidery". Kita kata "Sulaman Riben" atau dalam versi lain "Sulaman Reben". Apa-apa jelah...

Minggu lepas kami sekeluarga ke Terengganu, membalas kunjungan keluarga terdekat belah suami. Kebetulan teringin sangat nak tengok dengan mata sendiri hasil sulaman ribennya. Memang suka sangat.. Sejak balik dengan hasil belajar kursus jangka pendek disana, ia dah jadi hobi baru buat saya. Tengoklah hasil pertama tu. Sifu RE beri corak tulip, tapi saya siapkan corak ros. Sapa tak suka bunga ros..?? :) Tataplah sepuas-puasnya, bukan kena bayar pun, ok???

Tapi, kalau nak belajar, nak order ke, kenalah bayar. :) :)

Friday, August 7, 2009

SURAH TERBAIK UTK MENGHANCURKAN SETERU

Allahu rabbuna warabbukum lana AAamaluna walakum aAAmalukum la hujjata baynana wabaynakumu Allahu yajmaAAu baynana wailayhi almaseeru...(Ash-Shura, Chapter #42, Verse #15).

Wednesday, August 5, 2009

BMW















Kereta baru ??? Oh, tidak.. saya sebenarnya nak turut sama kongsikan kempen tentang Pengurusan Kewangan yang diwar-warkan melalui program Kids & Cash yang selalu kita tengok kat TV3. Bukannya dah beli kereta baru, sebab saya sendiri pun belum sampai tahap BMW(Bijak Mengurus Wang). Hehe.. Jadi, sama-samalah kita belajar dan mengajar anak-anak supaya suatu hari nanti mereka akan mampu ketahap memiliki kenderaan jenama BMW ni sebab mereka dah sampai tahap Bijak Mengurus Wang sendiri.

Nak tahu lebih lanjut, SILA KLIK DISINI

Thursday, July 30, 2009

BACAAN YASSIN

SURAH YASSIN - Part 1

SURAH YASSIN - Part 2


Hari ni, Khamis malam Jumaat. Ada jemputan ke majlis tahlil di rumah salah seorang jiran saya. Sebelum ni ada dapat jemputan yang sama tapi tak dapat hadir sebab masanya tak mengizinkan saya hadir sama. Alhamdulillah, kali ni dapat turut serta. Tak sangka ramai juga jiran yang hadir. Majlis berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada tuan rumah.

Thursday, June 4, 2009

TUNAI JANJI





















Ubi rebus dgn sambal tumis ikan bilis. Nyum, nyum..






















Tebu, manisnya....






















Serai, banyak guna dalam masakan; tomyam...


















Reban ayam yang dah banyak berjasa....


















Rambutan; entah sempat entahkan tidak merasa buahnya...






















Pokok koko yang dah banyak berikan hasil $$$ sejak saya bebudak lagi...






















Pokok asam yang hampir saya nak suruh mat indon tebang, banyak pulak buahnya...


















Limau purut, daun dan buahnya berguna....


















Limau kasturi, buat air, perah dalam inti sandwich sardin, makan dengan asam boi..(ish..! terliuq..)....















Jagung, balik kampung tanam jagung..(iye ke?)...


















Bunga raya yang sihat...






















Sapa tau bunga apa ni..???


















Buah nona..manisnya..


















Buah kopi, dulu mak rajin buat kopi sendiri....huhu...






















Buah betik/papaya... sekilo berapa???


















Ayam kampung, makan apa saja(suka ati dia jelah....)..


Ehhhh..... dah habis..... :)

Wednesday, May 27, 2009

KENAPA SAYA SUKA BALIK KAMPUNG??

















Kenapa saya suka balik kampung(felda) ?? Antara sebabnya;
  1. Ada emak & rumah mak. Kalau mak kat rumah kakak selain kat kampung, saya akan ke sana melainkan bila mak ada dirumah saya. Mak, kalau ada kat rumah lain, mesti mintak bawa balik ke kampung juga. Bukannya mak tinggal kat rumah tu, tapi kat rumah akak yang dibina di kawasan tanah yang sama(belakang rumah mak). Yang penting mak "dapat tengok bumbung rumah, jadilah...". Sekarang saya FAHAM kenapa mak kata camtu.. sebab saya dah rasakannya skg ni. Pelik, kan?
  2. Ada ayam kampung & kucing.
  3. Ada ubi, jagung, buah nona, tebu, buah kopi, buah koko, kelapa, betik, serai, limau kasturi, limau purut, pokok duku, pokok mangga(berbuah lebat kali ni lepas dengar ura-ura saya nak suruh mat indon tebang pokoknya sebab dah banyak pokok deduit.
Banyak sangat gambar nak upload, lain kalilah ye. :)