Ros ada macam-macam warna dan ini adalah antara koleksi yang ada di rumah teman. Hajat hati lepas ni nak tambah koleksi yang akan di tanam di halaman rumah, mungkin bukan dalam pasu. Sebab kalau ditanam dalam pasu, bila kami tinggalkan rumah lebih dari 3 hari, keringlah pulak pokok bunga nanti. Satu pasu kira-kira RM15, sayang pulak kalau kering macam tu je.
Di Sungai Buloh ni memang banyak kedai bunga, lebih-lebih lagi kalau dekat dengan Hospital Sungai Buloh. Bila dah sampai kat kawasan tu, rasa macam tak nak balik pulak. Koleksi yang ini teman beli kat kedai bunga yang terletak betul-betul dengan simpang tiga Kubu Gajah. Memang tak banyak sangat stok pokok bunga ros kat sini, tapi ada kualiti. Puas hatilah beli, kalau dibandingkan yang ada di IKEA tempoh hari. Harga sama je.
Bajanya pula, saya gunakan jenis liquid, datang dari Jepun. Ada yang jenis semburan(untuk elak penyakit pokok), dan jenis baja dalam botol kecil yang dicucuk ketanah. Cuma, kalau saya gunakan tanah hitam yang gembur, kemudian disiram air, bajanya cepat habis. Saya tak berapa gemar guna baja organik seperti tahi ayam, sebab ada bau yang kureng menyenangkan. Pernah beberapa kali cuba tanam ros sebelum ni, tapi tak berjaya seperti sekarang. Now I know the secret.... :)


0 comments:
Post a Comment