Tuesday, April 13, 2010

RUMPUT HIASAN HALAMAN

sebelum.....


selepas...

Haha.. rajin sungguh teman bila masuk bulan April ni. Bukan sebab "April Fool". Oh....tidak sama sekali terlibat dalam perkara macam tu.. 

Ni angkara dah terlalu boring dengan halaman taska yang terlalu 'simple'. Hari-hari keluar & masuk, takkanlah tak rasa apa-apa kebosanan dengan laman yang kosong. Kan?? Anak-anak pun tak berpeluang berlari-lari bebas sebab bimbang tersandung kaki kat batu-batu, dush.!! berdarah sana-sini. Tak ke naya.. sapa yang susah?? mak juga....!!

Kebetulan pula kat http://www.seripristana.com ada info tempat kat mana nak dapatkan rumput pada harga yang berpatutan. Secepat kilat teman ke kawasan berdekatan Hospital Sungai Buloh. Kat situ kan memang banyak tempat jual pokok bunga dan tanaman hiasan yang lain termasuk rumput hiasan laman. Sebab tak kuasa melilau dalam musim/cuaca tak menentu sekarang, pergi je lah kat tempat yang dicadangkan.

Rumput jenis philipinegrass, bolehlah.. harga? RM1.30 untuk 2x1 kaki persegi. Kalau rumput karpet yang halus tu mahal.. harga? RM4.50 untuk 2x1 kaki persegi. Jauh beza tu. Lagipun penjual tu kata kalau philipinegrass ni cepat membiak dalam masa sebulan. Kalau yang mahal tu dalam masa empat bulan. Katanyalah.. kita tengok macam mana. Sama-sama kita tunggu bulan Mei 2010 nanti. Kalau saya tak lupa, akan diberitahu kat sini, ok.

0 comments:

Post a Comment