Sekarang musim panas dan hujan. Kalau panas, panas sangat. Kalau hujan, hujan lebat dengan angin yang kuat. Anak-anak bosan je sebab tak dapat buat aktviti luar macam berbasikal, main gelungsur, badminton dll. Kalau setakat PS , dah biasa sangat. Nasib baik ada harta pusaka arwah abah yang kat dalam gambar atas ni selain kitab-kitab agama yang arwah abah selalu baca, petikan2 khutbah jumaat(arwah abah dulu imam masjid kat kampung). Anak-anak teman buat main "cikgu-cikgu" @ pondok-pondok @ role play, omputeh kata. Teman belikan kapur tulis, aman sikit sebab dah ada aktiviti macam ni.
Papan tulis ni dulu dalam bilik abah. Oleh kerana mak dah tak duduk kat rumah tu lagi, jadi sekarang ni dah dikosongkan oleh saya la. Siapa lagi... Kalau tak buat mcm tu, alamat dimakan dek anai-anai akhirnya nanti. Jadi, sebelum anai-anai menghapuskan semuanya, baiklah teman selamatkan apa yang patut.

0 comments:
Post a Comment