Sering kali orang melontarkan rasa gelisah sebab susahnya nak kaya. Jadi, pilihan yang ada ialah mencari formula bagaimana boleh jadi kaya dengan pelaburan minimum, dapat duit banyak dalam jangkamasa yang cepat. Tapi, tak nak buat banyak kerja atau tak nak buat kerja langsung. Nak kerja goyang kaki je. Tau2 je masuk duit dalam akaun bank. Esoknya boleh withdraw, gi shopping, makan angin, beli kereta besar, rumah besar, keluarga besar(ups!) dll.
Sehinggalah ada yang mengambil kesempatan kepada mereka ini, kerana inilah antara peluang yang tidak akan dilepaskan...Biasanya dia sendiri pun tak berapa nak tahu, berbaloi ke pelaburan tu, halal ke dari segi hukum agama, apa yang diniagakan, kemana duit tu dilaburkan, siapa disebalik pelaburan tu dan macam-macam lagilah. Semua tu tak penting, yang penting boleh dapat untung mudah, tak payah bersusah-payah lagi.
Maka, bermacam2 skim yang cepat dan mudah ni berleluasa terutama dikalangan masyarakat di negara kita. Ada idea yang dibawa dari luar negara dan ada juga yang mengubahnya mengikut citarasa tempatan. Kreatif juga tu. Cuba search Mr.Google pasal "make easy money". Setakat hari ini saja ada 199,000,000 carian pasal keyword tu. Kalau Mr.Yahoo je, sama setakat hari ni, ada 685,000,000 . I would say "WOW!".
Mula2 plan memang "cantik", tapi tak lama lepas tu..........
Nampak tak grafik ni.. Akhirnya, kawan boleh jadi lawan, adik beradik bermusuhan, suami & isteri kadang kala sampai bercerai, keluarga pun sama jadi mangsa sebab duit dah kena tibai. Kalau masih kuat iman, "oklah aku maafkan".(Ingat senang ke nak maafkan? huh!)
Cuba klik link MR.RED ni, mana tau boleh jadikan pedoman untuk masa depan yang lebih aman..


hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/
ReplyDelete