Tanggal 8 Julai 2010, kira-kira jam 12.30 tghari.
Hari tu teman gi ke kedai alat tulis. Teman photostat borang untuk taska, beli fail dan marker. Teman dah masuk kete. Anak pulak nak beli mainan. Bukan sorang, dua2 nak beli mainan yang sama. Teman cadang kongsi, tak mau lah pulak terutamanya si adik. Senang cerita, teman mengalah je.
Masa tu ada satu kete wira, parking arah mengadap kanan kete teman. Anaknya keluar kete dan masuk kekedai yang sama. Dalam hati teman sempat berkata; "nampak gaya macam nak cepat beno je tu." Anak teman pulak keluar, masuk kete, teman sempat bebel2 lagi. Bila dah selesai bebel, teman mula la tengok cermin kiri kanan, cermin pandang belakang. Confirm dah takde kete, masuk gear reverse, lepas brek tangan dengan cukup berhati2, perlahan teman lepaskan. Tibe2.... creekk... tu dia nya yang dapat kat bucu kete.
Tak kuasa nak cerita panjang, kereta itulah yang punya angkara sampai kete-ku cum encik suami jadi gitu ghopenya..
Korang rasa sapa yang salah...??

0 comments:
Post a Comment