Wednesday, November 17, 2010

HARI RAYA AIDIL ADHA

Gambar sekadar hiasan.


Kita bertemu lagi bersama Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban. Setiap kali Hari Raya Aidil Adha, pasti teman akan merayakan bersama keluarga sebelah suami di Selangor/KL. Sebabnya kebanyakan ahli keluarga sebelah suami tinggal di sini. Mudah bagi teman, kan? Kalau Hari Raya Puasa@Aidil Fitri pasti teman sekeluarga akan beraya di Johor. Lebih meriah untuk anak-anak sebab ramai rakan sebaya di sebelah sini. Lebih seronok lagi anak-anak akan bersama sepupu mereka beraya dirumah jiran kat kampung. Bukanlah sangat mengharap kutipan duit raya, cuma cukup sekadar berkenalan dengan jiran @ jadi wakil mak ayah pulak. Tahun ni teman & suami tak buat korban, InsyaAllah harapnya tahun hadapan dapat peluang untuk ambil bahagian. Sambutan raya macam biasa saja. Cuti pun cuma 1 hari saja. Staff pun tak balik kampung, kesiannya... Sama-sama berkorban la nampaknya ye... :)

Kerumah mertua di Ijok, sempat lagi mengajar internet kat ibu mertua. Almaklumlah menantu "kaki internet", eloklah kena geng dengan mak mertua. Bapa mertua pulak...sporting tu.. Alhamdulillah...terima kasih abah..!

No comments:

Post a Comment